Matlamat Sekolah

Super User

Super User

Matlamat Sekolah

Matlamat STK

  • Berusaha ke arah pencapaian mutu, peningkatan dan pencapaian kecemerlangan di bidang kurikulum, kokurikulum serta lain-lain bidang di peringkat sekolah.
  • Mewujudkan sebuah iklim dan budaya sekolah yang positif bagi melahirkan sebuah sekolah yang berkesan dengan menggerakkan segala sumber tenaga di sekolah dan masyarakat setempat.
  • Melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan kepada sekolah, masyarakat dan negara.


Bahagian Kurikulum

  • Mencapai 100% kelulusan dalam semua peperiksaan awam iaitu Penilaian Menengah Rendah, Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.
  • Memastikan 40% calon mencapai gred A dalam semua mata pelajaran Penilaian Menengah Rendah .
  • Memastikan 10% calon mencapai gred A dalam semua mata pelajaran Sijil Pelajaran Malaysia.
  • Memastikan 5% calon mencapai gred A dalam semua mata pelajaran Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.

 

Bahagian Ko-Kurikulum

  • Menjadi johan dalam setiap pertandingan kokurikulum dan acara sukan yang disertai di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

 

Read more...

Logo Sekolah

Logo Sekolah Tinggi Kluang

Bentuk keluang :

Bentuk keluang melambangkan sekolah ini yang terletak di daerah Kluang dan merupakan sekolah yang pertama dibuka di Kluang.

Sayap keluang yang mengepak bermaksud cita-cita yang sama menuju ke arah melahirkan generasi cemerlang yang bertaraf dunia.


Perisai :

Perisai di bahagian tengah logo melambangkan ketahanan, kecekalan,dan kemantapan diri di kalangan warga Sekolah Tinggi Kluang.


Papan lurus dengan moto :

Papan lurus dengan moto ”MAJU TERUS MAJU” di bahagian tengah perisai bermaksud Sekolah Tinggi Kluang sentiasa berterusan mencapai kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.


Naskah bergulung :

Naskah bergulung di bahagian bawah yang tertera nama ”Sek. Tinggi Kluang” melambangkan Sekolah Tinggi Kluang sebagai institusi ilmu pengetahuan yang unggul.

Read more...

Lagu Sekolah

Sekolah Tinggi Kluang yang tercinta
Tabur bakti sentiasa
Bak mutiara gemerlapan
Menyinar gelita
Jasamu tak mudah dilupa
Tetap dihargai semua
Kekal abadi selamanya
Subur di sanubari

Sekolah Tinggi Kluang yang tercinta
Majulah seterusnya
Kami berjanji tetap berbakti
Untukmu dan negara
Maju dan terus maju
Kami tetap bersama
Demi kemajuanmu, negara dan agama
Demi kemajuanmu, negara dan agama

Read more...
Subscribe to this RSS feed

Log in

fb iconLog in with Facebook
create an account