Sejarah Sekolah

.:Home:.

Assalamualaikum.... Selamat datang...

Tentang Kami

Wednesday, 23 August 2017 00:00

Unit ICT 2017

Written by

.:Percubaan Unit ICT STK 2017:.

Sunday, 28 February 2016 00:00

Piagam Pelanggan

Written by

Piagam Pelanggan STK

  • Melahirkan pelajar yang mempunyai identiti, displin kendiri, berpandangan dengan positif, tahan lasak, berani menghadapi segala cabaran dan berkarektor.
  • Berusaha meningkatkan pencapaian kurikulum dan ko-kurikulum ke tahap cemerlang, sesuai dengan cogankata ”STK MUST LEAD
  • Berusaha untuk menjalankan tanggungjawab dengan adil, jujur, cekap dan amanah.
  • Bersikap prihatin terhadap masalah pelajar, guru-guru, kakitangan dan berusaha mengurusi masalah tersebut berdasarkan perkhidmatan penyayang.
  • Mewujudkan iklim sekolaha yang konduktif dan positif untuk keselesaan dan keselamatan warga STK
  • Mengenalpasti, mengembang dan memupuk potensi pelajar dalam segala bidang
  • Melahirkan pelajar bersatu padu dalam konteks masyarakat majmuk
  • Mengeratkan hubungan silaturahim antara guru, kakitangan dan ibu bapa serta masyarakat untuk kebaikan sekolah.
Sunday, 28 February 2016 00:00

Objektif Sekolah

Written by

Objektif Sekolah

  • Mewujudkan iklim dan budaya sekolah yang positif berdasarkan konsep sekolah penyayang untuk mencapai kecemerlangan hidup melalui proses penimbaan ilmu dan pengetahuan.
  • Berusaha melahirkan para pelajar yang mempunyai disiplin kendiri, bersikap positif, berdikari dan sedar akan tanggungjawab mereka selepas kepada diri sendiri, keluarga, sekolah, masyarakat dan negara.
  • Mencorak dan mendedahkan pengalaman yang produktif serta berusaha mengeratkan perhubungan antara pelajar, guru dan kakitangan sekolah.
  • Mewujudkan persefahaman dan kerjasama dengan masyarakat setempat dan menarik minat serta kepekaan masyarakat supaya terlibat sama menangani apa jua perkembangan yang dilalui oleh sekolah.
  • Menyemai rasa bangga dan sayang terhadap sekolah.
  • Memupuk kesedaran untuk terus belajar, meningkatkan kemahiran, sentiasa memperbaharui azam, menanam dan mencernakan sahsiah terpuji dan nilai-nilai murni di kalangan pelajar.
  • Sentiasa berusaha mengembangkan lagi kecekapan dan potensi staf dan kakitangan sekolah ke arah peningkatan produktiviti.

 

 

 

Sunday, 28 February 2016 00:00

Matlamat Sekolah

Written by

Matlamat STK

  • Berusaha ke arah pencapaian mutu, peningkatan dan pencapaian kecemerlangan di bidang kurikulum, kokurikulum serta lain-lain bidang di peringkat sekolah.
  • Mewujudkan sebuah iklim dan budaya sekolah yang positif bagi melahirkan sebuah sekolah yang berkesan dengan menggerakkan segala sumber tenaga di sekolah dan masyarakat setempat.
  • Melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan kepada sekolah, masyarakat dan negara.


Bahagian Kurikulum

  • Mencapai 100% kelulusan dalam semua peperiksaan awam iaitu Penilaian Menengah Rendah, Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.
  • Memastikan 40% calon mencapai gred A dalam semua mata pelajaran Penilaian Menengah Rendah .
  • Memastikan 10% calon mencapai gred A dalam semua mata pelajaran Sijil Pelajaran Malaysia.
  • Memastikan 5% calon mencapai gred A dalam semua mata pelajaran Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.

 

Bahagian Ko-Kurikulum

  • Menjadi johan dalam setiap pertandingan kokurikulum dan acara sukan yang disertai di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

 

Sunday, 28 February 2016 00:00

Logo Sekolah

Written by

Logo Sekolah Tinggi Kluang

Bentuk keluang :

Bentuk keluang melambangkan sekolah ini yang terletak di daerah Kluang dan merupakan sekolah yang pertama dibuka di Kluang.

Sayap keluang yang mengepak bermaksud cita-cita yang sama menuju ke arah melahirkan generasi cemerlang yang bertaraf dunia.


Perisai :

Perisai di bahagian tengah logo melambangkan ketahanan, kecekalan,dan kemantapan diri di kalangan warga Sekolah Tinggi Kluang.


Papan lurus dengan moto :

Papan lurus dengan moto ”MAJU TERUS MAJU” di bahagian tengah perisai bermaksud Sekolah Tinggi Kluang sentiasa berterusan mencapai kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.


Naskah bergulung :

Naskah bergulung di bahagian bawah yang tertera nama ”Sek. Tinggi Kluang” melambangkan Sekolah Tinggi Kluang sebagai institusi ilmu pengetahuan yang unggul.

Sunday, 28 February 2016 00:00

Lagu Sekolah

Written by

Sekolah Tinggi Kluang yang tercinta
Tabur bakti sentiasa
Bak mutiara gemerlapan
Menyinar gelita
Jasamu tak mudah dilupa
Tetap dihargai semua
Kekal abadi selamanya
Subur di sanubari

Sekolah Tinggi Kluang yang tercinta
Majulah seterusnya
Kami berjanji tetap berbakti
Untukmu dan negara
Maju dan terus maju
Kami tetap bersama
Demi kemajuanmu, negara dan agama
Demi kemajuanmu, negara dan agama

Sunday, 28 February 2016 00:00

Visi & Misi

Written by

Visi

Sekolah unggul penjana generasi terbilang

Misi

Membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti

Sunday, 28 February 2016 00:00

Sejarah Sekolah

Written by

Guru Terawal

 

Sejarah Sekolah Tinggi Kluang bermula dengan penubuhan Government English School (GES) di Dewan Volunteer Drill Hall, Jalan Hospital Kluang. GES mula beroperasi pada minggu pertama Januari 1939. Namun atas tujuan pendidikan, bangunan yang terdiri daripada bangunan bilik darjah, dewan besar, bilik guru dan rumah pekerja yang lengkap siap dibina di Jalan Sekolah dan mula beroperasi pada bulan Julai 1939. Nama Sekolah Tinggi Kluang (STK) telah bertukar beberapa kali mengikut perkembangan masa. Bermula dengan GES (Government English School) ketika penubuhannya, namanya bertukar kepada SES (Seconday English School) dan kini STK.

Sehingga kini sudah 20 orang pengetua menerajui sekolah ini. Mereka ialah;

1.En Koe Ewe Teik (1939 – 1949)

2.En C.D. Westwood (1949 – 1954)

3.En Ng Ah Ow (1954 – 1956)

4.En Thor Seong Aun /E.A.C. Balshaw (1956 – 1957)

5.En Khoo Eng Choon (1957 – 1958)

6.En M. Nair (1958 – 1960)

7.En. K. Karthigesu (1960 – 1961)

8.En Thor Seong Aun (1961 – 1969)

9.En Chiam Tah Wen (1969 – 1971)

10.En Gan Boon Tai (1971- 1973)

11.Tn Sheikh Hussin Ali (1973 – 1978)

12.En Harinder Singh (1979 – 1980)

13.Tn Hj Kasmuri Sadiman (1980 – 1986)

14.Tn Hj Hashim Kahat (1986 – 1991)

15.Tn Hj Md Yusof Md Khalid (1991 – 1993)

16.Tn Hj Zainen Mohamad (1994 – 1995)

17.Tn Hj Ali bin Ismail (1995 – 1998)

18.Tn Sh Said Abdullah Al Jabri (1998 – 1999)

19.Tn Hj Markom Giran (2000 – 2001)

20.Tn Hj Wahid Bilaji (2001 – kini)

 

Logo lama Sekolah Tinggi Kluang

Logo-logo lama STK

 

.:Laman web rasmi Sekolah Tinggi Kluang:.

.:Selamat Datang diucapkan kepada pengunjung laman web rasmi Sekolah Tinggi Kluang:.

"STK GLORIOUS"