Program Terkini

Hari Sukan Sekolah

When: 14 May 2016 @ 7:00 am
Pengumuman

.:STK GLORIOUS:.

 

 

Selayang Kasih Selembar Kata dari Tn. Hj. Abdul Rahman bin Mohd Nor.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam Muafakat Johor.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah izin-Nya dan ruang waktu yang diberikan, kita dapat menyempurnakan laman Portal Sekolah Tinggi Kluang dengan versi yang baru pada tahun 2017 ini.

Setelah lima tahun STK diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) pada tahun 2012, kini kita menggembleng langkah dalam gerak kerja ke arah menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) pula. Kriteria penting dalam pemilihan SBT ini ialah pencapaian di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Dengan pelbagai pencapaian dan anugerah yang kita perolehi pada tahun lepas, saya percaya bahawa setiap warga STK akan bekerja keras untuk memastikan sasaran sekolah dicapai pada tahun 2017.      

 “STK Glorious” dipilih sebagai asas kepada pencapaian murid dan guru di sekolah ini yang menumpukan pencapaian akademik yang cemerlang dan sahsiah yang berpegang kepada prinsip kepercayaan kepada tuhan yang diterapkan dalam sanubari setiap warga STK. Ia juga menjadi pemangkin kepada Pembelajaran Professional (PLC) iaitu sejenis permuafakatan kolaboratif telah diperkenalkan di STK. Pada tahun 2017, PLC akan memfokus kepada pembelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik dengan guru-guru mata pelajaran tersebut dengan aktiviti seperti lesson study, lesson walks, peer coaching dan sesi perkongsian bagi memperbaiki penyampaian PdPc. Tujuan utama PLC ialah memastikan pelajar dapat belajar yakni memfokus kepada pencapaian dan juga meningkatkan prestasi pelajar.

            STK telah terpilih untuk program Pembelajaran Abad ke-21, PAK-21 (21st Century Learning) di negeri Johor. Sebagai salah sebuah sekolah yang menjalankan program tersebut, STK akan mengaplikasikan 4C iaitu communication, collaboration, creative and critical thinking di mana sekolah-sekolah yang terlibat akan menjadi sebahagian daripada contoh kepada yang lain dalam rangka Jabatan Pelajaran Negeri Johor mencapai sasaran “Johor Showcase” bagi tahun 2017. Justeru itu, manfaatkanlah laman web sekolah ini sebagai alternatif dalam mencari maklumat berkaitan pengurusan di samping tugas utama dalam pengajaran dan pembelajaran untuk mendidik anak didik menjadi insan yang berketrampilan dalam akademik, kokurikulum dan sahsiahnya.

            Sama-samalah kita warnakan Sekolah Tinggi Kluang dengan gerak kerja yang tersusun dan berfokus, bekerja dengan hati yang ikhlas agar dapat memberi impak serta keberhasilan yang tinggi terhadap ikrar dan janji kita sebagai warga STK. Rancanglah kerja kita, dan kerjalah rancangan kita kerana tugas dan amanah yang terpikul sebagai pendidikan dan anggota pelaksana ini amat berat kecuali bagi mereka yang cekal dan sabar.

            Akhir kata, marilah kita bersama-sama bekerja seiring dengan semangat sepasukan yang tinggi dan kental ke arah merealisasikan apa yang telah kita rancang bak kata orang, buatlah kerja kita dengan niat yang terbit dari perasaan sepenuh hati, pasti hasilnya berkualiti dan lebih baik. 

 Sekian, terima kasih.

 "STK GLORIOUS"

.:Home:.

Assalamualaikum.... Selamat datang...

Contact

University
Address:
B.S. Sound 25 Cromwell St, Glen Iris

Victoria
00-000,
Australia
Email:
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Phone:
+49 5241 80-0 00
Fax:
+49 5241 80-0 00
Mobile:
+49 5241 80-0 00

Contact Form

Send an Email
(optional)

Miscellaneous Information

Miscellaneous Information:

Got questions about any of our products or services? Send us an email with as many tech baffling questions as you like! Our friendly sales team will answer all your questions!

.:Laman web rasmi Sekolah Tinggi Kluang:.

.:Selamat Datang diucapkan kepada pengunjung laman web rasmi Sekolah Tinggi Kluang:.

"STK GLORIOUS"